Resipi

Telur Itik Lemak Cili Api

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 5 biji telur itik (Boleh juga gunakan telur ayam)
  • 20 biji cili api
  • 2 ½ inci kunyit hidup
  • 2 cawan santan
  • 2 batang serai (Diketuk)
  • 1 cawan santan pekat
  • 10 biji belimbing buluh
  • 1 helai daun kunyit (Dikoyak)
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Masukkan bahan yang dikisar dan serai ke dalam periuk. Masak perlahan sehingga mendidih.
  2. Pecahkan telur itik ke dalam periuk satu per satu (Pastikan kuning telur tidak pecah).
  3. Biarkan sehingga mendidih dengan api yang kecil.
  4. Masukkan santan pekat, garam, daun, kunyit, dan belimbing buluh. Kacau perlahan supaya tidak pecah minyak.
  5. Hidangkan bersama nasi putih.