Resipi

Telur Gulung

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 4 biji telur
  • ½ cawan susu segar
  • 3 tangkai daun sup
  • 1 pokok daun bawang
  • 2 biji cili merah
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Masukkan semua bahan kecuali minyak masak ke dalam mangkuk dan pukul rata.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali non-stick dengan api perlahan.
  3. Tuangkan separuh adunan ke dalam kuali dan lenggangkan supaya rata di dalam permukaan kuali.
  4. Apabila nampak telur hampir masak gulungkan perlahan-lahan.
  5. Masukkan ke dalam pinggan dan ketepikan.
  6. Ulang semula lebihan bancuhan telur dan hidangkan.