Resipi ( 401 )

Telur Dadar Mayones

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 4 biji telur
  • 3 sudu makan mayones
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 3 tangkai daun sup
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Masukkan semua bahan kecuali minyak masak ke dalam mangkuk. Kacau rata dan sebati.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali non-stick kemudian masukkan bancuhan telur.
  3. Masakkan sehingga kuning keemasan.
  4. Terbalikkan perlahan-lahan dan masak lagi sehingga kuning keemasan.
  5. Sedia dihidangkan.