Resipi ( 401 )

Sup Tulang

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 60 minit
Bahan-bahan

​Bahan A

  • 1 kg tulang
  • 3 sudu makan rempah sup
  • 3 sudu makan air
  • 4 biji kentang (Dibelah 4)
  • 1 batang lobak merah (Dipotong kecil)
  • 2 batang serai (Diketuk)
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 liter air
  • 2 sudu makan bawang goreng
  • 1 pokok daun sup (Dihiris)
  • 1 pokok daun bawang (Dihiris)
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Tumisan)

  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 sudu makan minyak masak

Cara Memasak

  1. Tulang dipotong kecil. Basuh dan tuskan.
  2. Masukkan semua bahan A kecuali daun sup, daun bawang dan bawang goreng ke dalam periuk dan masakkan sehingga daging lembut.
  3. Di dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga wangi.
  4. Tuangkan bahan yang ditumis ke dalam rebusan tulang dan masakkan sehingga mendidih. Tutup api.
  5. Taburkan dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng kemudian hidangkan.