Resipi ( 401 )

Stew Daging

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g daging
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji kentang
  • 1 batang lobak merah
  • 1 sudu makan rempah sup
  • 2 batang saderi (Dipotong pendek)
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • ½ cawan air
  • 5 biji tomato (Dipotong dadu)
  • ½ biji capsicum hijau
  • 1 liter air
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Basuh daging kemudian tuskan. Potong daging dalam saiz kecil.
  2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dihiris sehingga layu.
  3. Masukkan daging, kentang, lobak merah, rempah sup, daun saderi, lada hitam, dan air. Masak sehingga semua lembut.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan mendidih dan pekat.
  5. Akhir sekali masukkan tomato dan capsicum. Kacau seketika kemudian tutup api.
  6. Sedia dihidangkan.