Resipi ( 401 )

Sotong Goreng Tomyam

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g sotong
  • 8 biji cili api
  • 2 biji cili merah
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 helai daun limau purut (Dikoyak)
  • 3 batang serai (Diketuk)
  • 1 labu bawang besar (Dimayang)
  • 2 biji tomato (Dibelah 4)
  • 3 sudu makan perahan limau nipis
  • 3 biji cili merah
  • 5 tangkai daun ketumbar(Dipotong pendek)
  • 2 sudu makan minyak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Basuh sotong kemudian tuskan.
  2. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
  3. Masukkan sotong kemudian gaulkan rata. Gunakan api perlahan.
  4. Masukkan garam, daun limau purut, serai dan bawang besar. Tutup api.
  5. Masukkan tomato, perahan limau nipis dan cili merah. Kemudian kacau rata.
  6. Angkat dan taburkan daun ketumbar.