Resipi

Sotong Goreng Lada Hitam

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-bahan

  • 300 g sotong
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah
  • 3 sudu makan sos lada hitam
  • 1 labu bawang besar(Dipotong gelang)
  • 1 sudu makan lada hitam (Ditumbuk)
  • 1 pokok daun bawang(Dipotong pendek)
  • Garam (Sekiranya perlu)
  • Minyak masak secukupnya

Cara Memasak

  1. Basuh sotong kemudian tuskan. Potong sotong kecil-kecil.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga layu.
  3. Masukkan sotong, sos lada hitam, bawang besar, dan lada hitam.
  4. Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar.
  5. Tutup api dan taburkan daun bawang. Hidangkan.