Resipi ( 401 )

Sotong Goreng Berempah

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g sotong
  • 1 inci halia
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh halba campur
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 sudu makan rempah kari
  • ½ cawan air asam jawa
  • 1 labu bawang besar(Dipotong gelang)
  • 2 biji tomato (Dibelah 4)
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Basuh sotong kemudian tuskan.
  2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dihiris, halba campur dan daun kari sehingga layu.
  3. Masukkan rempah kari dan kacau sehingga rata dan pecah minyak.
  4. Masukkan sotong dan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan bawang besar dan tomato. Kacau seketika kemudian tutup api.
  6. Sedia dihidangkan.