Resipi ( 401 )

Sotong Bakar Bersambal

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g sotong
  • 10 tangkai cili kering
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 3 batang serai (Diketuk)
  • 1 biji tomato (Dibelah 4)
  • 10 biji bendi (Sekiranya suka)
  • 1 labu bawang besar (Dibelah 4)
  • 1 pokok daun ketumbar(Dipotong kecil)
  • Aluminium foil
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu teh garam

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dikisar, sos tomato, dan serai sehingga wangi dan pecah minyak. Tutup api.
  2. Masukkan bahan yang ditumis tadi dan semua bahan ke dalam aluminium foil. Lipat kemas.
  3. Letakkan di dalam kuali dan tutup kuali. Masakkan selama 30 minit.
  4. Angkat dan letakkan di atas pinggan. Sedia dihidangkan.