Resipi ( 401 )

Rendang Kupang

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 kg isi kupang
  • 10 tangkai cili kering
  • 5 biji cili api
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1½ inci lengkuas
  • 1½ inci halia
  • 1½ inci kunyit hidup
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (Dihiris)
  • 1 sudu teh gula merah
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak
  2. Masukkan santan pekat, asam gelugur, kerisik, dan daun kunyit.
  3. Kacau sekali-sekala dan biarkan sehingga pecah minyak, kuah pekat dan kering.
  4. Masukkan isi kupang, garam dan sedikit gula merah.
  5. Masakkan sebentar dan biar sehingga pecah minyak.
  6. Angkat dan hidangkan.