Resipi ( 401 )

Rendang Kambing

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 kg daging kambing
  • 2 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan serbuk jintan putih
  • 1 sudu makan lada hitam(Ditumbuk)
  • 25 tangkai cili kering
  • 20 biji bawang merah
  • 3 inci halia
  • 5 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • ½ cawan kerisik
  • 3 cawan santan
  • 5 keping asam gelugur
  • 5 helai daun limau purut
  • 3 sudu makan gula merah
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak masak

Cara Memasak

  1. Potong kecil daging kambing.Basuh dan tuskan.
  2. Perapkan daging dengan ketumbar, serbuk jintan manis,serbuk jintan putih, dan lada hitam.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan air. Masak sehingga daging lembut.
  5. Masukkan kerisik, santan, asam gelugur, daun limau purut, gula merah, dan garam. Kacau rata dan biarkan sehingga pekat.
  6. Sedia dihidangkan