Resipi ( 401 )

Rendang Campur

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 400 g daging
  • 200 g limpa
  • 200 g hati
  • 200 g paru
  • 3 cawan santan
  • 1 sudu makan kerisik
  • 2 sudu makan jus asam jawa
  • 1 sudu makan gula
  • garam secukup rasa
  • Daun kunyit (Dihiris halus)

Bahan B (Dikisar)

  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • 15 tangkai cili kering
  • 15 biji cili api
  • 15 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan B sehingga wangi.
  2. MKasukkan daging, limpa, hati, paru, dan daun kunyit. Kcau rata.
  3. Masukkan santan, garam, jus asam jawa, dan kerisik. Masak sehingga semuanya lembut.
  4. Apabila sudah pecah minyak dan pekat, tutup api dan angkat.