Resipi ( 401 )

Pucuk Paku Lemak Cili Api

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 ikat pucuk paku hijau
  • 15 biji cili api
  • 2 biji bawang merah
  • ½ inci kunyit hidup
  • 1 cawan air
  • 2 sudu makan udang kering
  • 2 cawan santan pekat
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Asingkan pucuk paku dari tangkainya dan bersihkan. Basuh dan tuskan.
  2. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih.
  3. Apabila mendidih, masukkan santan pekat dan rasakan garam. Sentiasa kacau supaya kuah tidak pecah minyak.
  4. Apabila sudah mendidih, tutup api dan hidangkan.