Resipi ( 401 )

Pajeri Telur

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 4 biji telur (Direbus)
  • ½ inci halia
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 sudu makan rempah kari ikan(Dibancuh dengan air)
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2 sudu makan gula
  • 4 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan yang dihiris, kulit kayu manis, dan rempah kari sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan santan, telur, kerisik, gula dan garam.
  3. Masakkan sehingga mendidih dan pekat.
  4. Sedia dihidangkan.