Resipi ( 401 )

Nasi Pudina

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 2 cawan beras basmati
  • 1 sudu teh perahan limau nipis
  • ¼ cawan susu cair
  • 3 cawan air
  • 1 sudu makan pewarna hijau(Dibancuh dengan ¼ cawan air)
  • ½ cawan daun pudina (Dihiris)
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Tumisan)

  • ½ labu bawang besar (Dihiris nipis)
  • 1 inci halia (Dihiris)
  • 2 helai daun pandan (Disimpul)
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang

Cara Memasak

  1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Tuskan.
  2. Panaskan minyak sapi di dalam periuk dan tumiskan bahan B sehingga wangi. Masukkan air dan masakkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan bancuhan perahan limau dan susu cair, garam, dan beras.
  4. Masakkan sehingga kering airnya.
  5. Titiskan bancuhan warna hijau di atas nasi di tempat yang berlainan.
  6. Taburkan hirisan daun pudina dan tutup periuk.
  7. Biarkan sehingga nasi cukup kering.
  8. Gemburkan perlahan-lahan dan sedia dihidangkan.