Resipi ( 401 )

Nasi Minyak Buah Kurma

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 kg beras basmati
  • 1 cawan buah kurma
  • 1 liter air/air rebusan ayam
  • 1 pokok daun ketumbar (Dipotong pendek)
  • ½ cawan susu cair
  • 1 sudu makan pewarna kuning (Dibancuh dengan ½ cawan air)
  • 3 sudu makan minyak sapi
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Tumisan)

  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 8 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 tangkai daun kari

Cara Memasak

  1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Tuskan.
  2. Buangkan biji kurma dan potong kasar.
  3. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan B sehingga wangi.
  4. Masukkan air rebusan ayam dan garam. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan beras, buah kurma, daun ketumbar, dan susu cair. Biarkan nasi masak seperti biasa.
  6. Tuangkan bancuhan pewarna kuning ke atas nasi pada 3 tompok yang berasingan.
  7. Masakkan lagi sehingga nampak nasi cukup kering.
  8. Gemburkan nasi perlahan-lahan dan sedia dihidangkan.