Resipi ( 401 )

Nasi Lemak Sri Pandan

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 kg beras gred AAA
  • 1 liter santan
  • 10 helai daun pandan
  • 2 inci halia (Dihiris)
  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula (Sekiranya suka)

Cara Memasak

  1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Tuskan.
  2. Kisar daun pandan kemudian tapiskan.
  3. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
  4. Apabila nasi sudah kering, kacau rata dan tutup semula periuk. Biarkan ia sentiasa panas di dalam periuk nasi.
  5. Hidangkan bersama sambal ikan bilis. (Rujuk resipi sambal ikan bilis di muka surat 201)