Nasi Lemak Kukus
- Chef Hanieliza
- 2 orang
- 10 minit
Bahan-bahan
​Bahan-Bahan
- 1 kg beras gred AAA
- 1 liter santan
- 3 helai daun pandan(Disimpul)
- 1 inci halia (Dihiris)
- 3 biji bawang merah(Dimayang)
- Garam secukup rasa
- Sedikit gula (Sekiranya suka)
Cara Memasak
- Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Tuskan.
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
- Pindahkan nasi ke dalam kukusan berlubang dan kukuskan sehingga naik wap selama 30 minit.
- Apabila sudah masak hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis (rujuk resipi muka surat 201), telur rebus, ikan bilis goreng, timun, dan kangkung rebus.