Resipi ( 401 )

Nasi Goreng Ikan

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 2 cawan nasi sejuk (Diperoi)
  • 2 ekor ikan selayang ataupun kembung
  • 3 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji telur (Dipukul)
  • 3 urat kacang panjang (Dipotong kecil)
  • 1 batang lobak merah (Dipotong dadu)
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Goreng ikan sehingga masak kemudian hancurkan isinya.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ikan yang sudah dihancurkan. Kacau sebati. Kemudian masukkan telur. Kacau lagi.
  4. Masukkan nasi, kacang panjang, lobak merah dan garam. Kacau lagi sehingga sebati.
  5. Sedia dihidangkan.