Resipi ( 401 )

Nasi Dagang

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 kg beras wangi
  • 5 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • 1 sudu makan halba
  • 3 cawan santan
  • 1 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Basuh beras kemudian tapiskan.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk non-stick kemudian kacau di atas dapur sehingga santan sebati dengan beras.
  3. Masukkan beras yang sudah sebati dengan santan ke dalam periuk kukusan berlubang.
  4. Kukuskan sehingga naik wap selama 30 minit.
  5. Hidangkan bersama gulai ikan tongkol dan acar timun.