Resipi ( 401 )

Nasi Beriani

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 kg beras basmati
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • Sedikit daun kari
  • 2 sudu makan rempah beriani
  • 4 biji tomato (Dipotong dadu)
  • 3 biji cili merah (Dipotong 2)
  • 3 biji cili hijau (Dipotong 2)
  • 1 tangkai daun pudina
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 1 liter air
  • 1 cawan susu cair
  • ½ cawan kismis
  • 4 sudu makan minyak sapi
  • 1 sudu makan pewarna kuning
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Tuskan.
  2. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumiskan bahan yang dikisar, kulit kayu manis, bunga lawang,bunga cengkih, buah pelaga, dan daun kari sehingga wangi.
  3. Masukkan rempah beriani dan kacau rata. Masakkan sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan tomato, cili merah, cili hijau, daun pudina, dan daun ketumbar. Kacau seketika.
  5. Masukkan air, susu cair, kismis, dan garam. Biarkan mendidih seketika.
  6. Masukkan bahan yang ditumis tadi ke dalam periuk nasi yang tersedia beras dan masakkan seperti biasa.
  7. Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna kuning dan biarkan kering lagi.
  8. Gemburkan nasi perlahan-lahan supaya nasi tidak hancur.
  9. Hidangkan bersama daging prun dan acar.