Resipi

Mihun Ladna

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 300 g mihun(Direndam dan tuskan)
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh lada hitam kisar
  • 100 g isi ayam (Dihiris nipis)
  • 100 g udang
  • 1 cawan air
  • 2 sudu makan sos tiram
  • ½ batang lobak merah
  • 50 g brokoli
  • 50 g bunga kubis
  • 1 sudu makan tepung jagung(Dibancuh ½ cawan air)
  • 1 pokok daun bawang(Dicencang kasar)
  • 1 sudu makan bawang goreng
  • 4 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali dan masukkan mihun bersama kicap. Gaulkan sehingga rata dan masukkan ke dalam pinggan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak lagi dan tumiskan bawang merah, bawang putih, dan lada hitam sehingga wangi.
  3. Masukkan ayam dan udang. Kacau rata.
  4. Masukkan air, sos tiram, dan garam. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan lobak merah, brokoli dan bunga kubis. Biarkan lembut seketika.
  6. Masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga agak pekat.
  7. Tuangkan ke dalam pinggan berisi mihun tadi. Taburkan daun bawang dan bawang goreng di atasnya. Hidangkan.