Resipi ( 401 )

Mi Hailam

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 paket mi kuning
  • 4 ulas bawang putih (Diketuk)
  • 100 g isi ayam (Dihiris nipis)
  • 1 cawan air
  • 100 g bebola ikan (Dibelah 2)
  • 100 g sotong (Dihiris)
  • 100 g udang
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan lada hitam (Ditumbuk)
  • 2 pokok sawi hijau (Dipotong kecil)
  • 100 g kubis (Dihiris)
  • 2 biji telur ayam
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam sekiranya perlu

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan isi ayam dan air. Biarkan sehingga lembut.
  3. Apabila ayam lembut, masukkan bebola ikan, sotong dan udang. Kemudian kacau rata.
  4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mi kuning. Kacau rata sekali lagi.
  5. Masukkan sayuran lain dan telur. Biarkan telur masak sedikit dan kacau perlahan-lahan.
  6. Angkat dan masukkan ke dalam pinggan. Sedia dihidangkan.