Resipi ( 401 )

Masak Lemak Kambing Cili Api

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • ½ kg daging kambing
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 20 biji cili api
  • 3 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • 2 cawan air
  • 2 batang serai (Diketuk)
  • 3 keping asam gelugur
  • 2 biji tomato muda (Dipotong 4)
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 cawan santan pekat
  • Garam secukupnya

Cara Memasak

  1. Potong kecil daging kambing. Basuh kemudian tuskan.
  2. Gaulkan dengan serbuk kunyit.
  3. Masukkan daging, bahan yang dikisar, serai, dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan daging lembut.
  4. Masukkan asam gelugur, tomato, daun kunyit, dan santan pekat. Kacau supaya tidak pecah minyak.
  5. Apabila sudah mendidih, rasakan garam dan angkat.
  6. Sedia dihidangkan