Resipi ( 401 )

Lemak Cili Api Telur Ikan

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g telur ikan tenggiri
  • 10 biji cili api
  • 3 biji bawang merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 4 biji terung kecil (Dibelah 2)
  • 3 batang serai (Diketuk)
  • 3 keping asam gelugur
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 cawan santan pekat
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Basuh telur ikan. Potong sederhana kecil.
  2. Masukkan bahan yang dikisar, telur ikan, terung, serai, asam gelugur, dan garam ke dalam periuk. Masakkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan daun limau purut dansantan pekat. Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak sehingga mendidih.
  4. Sedia dihidangkan.