Resipi ( 401 )

Lemak Cili Api Rebung

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

​Bahan-Bahan

  • 500 g rebung jeruk
  • 20 biji cili api
  • 3 biji bawang merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 cawan air
  • 2 batang serai (Diketuk)
  • 200 g udang
  • 3 cawan santan pekat
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Rebuskan rebung dengan garam sehingga mendidih dan lembut. Kemudian tuskan.
  2. Masukkan bahan yang dikisar, serai, udang, dan rebung. Masakkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan santan pekat dan garam.
  4. Kacau supaya tidak pecah minyak. Apabila sudah pekat, tutupkan api.
  5. Hidangkan bersama nasi putih.