Resipi ( 401 )

Kuzi Kambing

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 kg daging kambing
  • 3 sudu makan rempah kuzi
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 1 cawan bawang goreng
  • 15 tangkai cili kering
  • ½ cawan kismis
  • 1 cawan sos tomato
  • 1 cawan yogurt asli
  • 2 biji tomato
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji cili merah (Dihiris)
  • 2 cawan air
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Potong kecil daging kambing.Basuh kemudian tuskan.
  2. Perapkan daging kambing denganc rempah kuzi selama 1 jam.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan daging, kismis, dan sos tomato. Kacau rata.
  5. Masukkan air dan masakkan sehingga daging lembut dan pekat.
  6. Masukkan yogurt dan kacau rata. Masakkan sehingga pecah minyak.
  7. Masukkan tomato, bawang besar, garam, dan cili merah. Masak sebentar. Tutup api dan angkat.