Resipi ( 401 )

Kuetiau Daging Halia

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

​Bahan-Bahan

  • 1 paket kuetiau
  • 200 g daging lembut (Dihiris nipis)
  • 1 inci halia muda (Dihiris)
  • 1 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Diketuk)
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 2 cawan air
  • ½ biji capsicum hijau (Dihiris)
  • 2 biji tomato (Dipotong kecil)
  • 1 pokok daun bawang (Dihiris)
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam sekiranya perlu

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan gorengkan kuetiau sebentar. Angkat dan masukkan ke dalam pinggan.
  2. Daging dihiris nipis. Basuh dan tuskan.
  3. Panaskan baki minyak masak dan tumiskan halia muda, bawang merah dan bawang putih sehingga layu.
  4. Masukkan daging sos tiram, serbuk lada hitam, kicap pekat, dan air. Masakkan sehingga daging lembut dan kuah hampir pekat.
  5. Masukkan capsicum hijau dan tomato. Kacau rata sebentar.
  6. Tuangkan atas kuetiau.