Resipi

Kubis Goreng

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g kubis manis
  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 100 g udang (Dibuang kulit)
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji cili merah
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Sayur dipotong kecil dan dicuci bersih. Kemudian tuskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, dan udang sehingga wangi.
  3. Masukkan kubis, lobak merah, cili merah, dan garam. Kemudian kacau rata.
  4. Sedia dihidangkan.