Resipi ( 401 )

Ketam Masam Manis

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 4 ekor ketam
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji cili merah
  • ½ cawan air
  • 6 sudu makan sos cili
  • 6 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu teh gula
  • 1 pokok daun bawang(Dipotong pendek)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam (Sekiranya perlu)

Cara Memasak

  1. Basuh ketam kemudian belah 2 .Tuskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi.
  3. Masukkan air, sos cili, sos tomato, dan ketam. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan garam dan sedikit gula.
  5. Apabila sudah nampak pekat, masukkan daun bawang dan angkat.
  6. Sedia dihidangkan.