Resipi ( 401 )

Kerabu Nanas

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 5 minit
Bahan-bahan

​Bahan-Bahan

  • ½ biji nanas muda
  • 1 batang timun
  • 3 biji cili merah
  • 1 labu bawang besar
  • ½ biji capsicum hijau
  • 2 sudu makan cuka
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Potong nanas dan timun kecil dan nipis.
  2. Masukkan semua bahan yang dihiris ke dalam mangkuk.
  3. Gaulkan cuka dengan garam dan gula sehingga larut dan sebati.
  4. Masukkan bancuhan cuka ke dalam mangkuk dan gaul rata semua bahan.
  5. Sedia dihidangkan.