Resipi ( 401 )

Kerabu Kacang Botor

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 20 batang kacang botor
  • 1 cawan kubis
  • 5 biji cili merah
  • 3 biji bawang merah
  • 2 sudu makan udang kering
  • 1 cawan kelapa parut
  • 1 labu bawang besar (Dimayang)
  • 5 biji limau kesturi(Diambil jusnya)
  • 1 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Hiris kacang botor dan kubis. Basuh dan tuskan.
  2. Masukkan bahan yang dikisar, kelapa dan garam ke dalam kuali. Kacau sehingga agak kering.
  3. Tutupkan api. Kemudian masukkan kacang botor, kubis, bawang besar,gula, dan jus limau. Kacau rata.
  4. Sedia dihidangkan.