Resipi ( 401 )

Kek Keju Coklat Oren

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 60 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 130 g krim keju
  • 150 g mentega
  • 150 g gula perang
  • 4 biji telur (gred A)
  • 2 sudu makan jus oren Sunquick
  • 100 g badam cencang (dipanggang)
  • 1 biji buah oren Sunkist

Bahan B (Diayak)

  • 260 g tepung gandum
  • 30 g serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh soda bikarbonat

Bahan C (Bahan Hiasan)

  • 250 g krim keju
  • 60 g mentega
  • 60 g gula aising (diayak)
  • 200 ml whipping cream
  • 2 sudu makan jus lemon

Cara Memasak

​Kek

  1. Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang 8 x 8 inci. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet).
  2. Pukul krim keju, mentega, dan gula perang sehingga putih dan gebu.
  3. Masukkan telur satu per satu. Pukul lagi sehingga adunan berkrim.
  4. Masukkan semua bahan B dan jus oren Sunquick. Parutkan kulit oren Sunkist ke dalam adunan. Gaul rata.
  5. Masukkan badam cencang. Gaul rata lagi.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang.
  7. Bakar selama 50-60 minit pada suhu 175°C api bawah sahaja yang dipanaskan terlebih dahulu selama 10 minit.
  8. Sejukkan dan sapukan hiasan.

Hiasan

  1. Pukul semua bahan C pada kelajuan sederhana sehingga putih.
  2. Sapu di atas kek tadi dan ratakan.
  3. Potong dan hias ikut kreativiti sendiri sebelum dihidangkan.