Kek Dam
- Chef Hanieliza
- 8 orang
- 30 minit
Bahan-bahan
Bahan A
- 160 g tepung gandum (diayak)
- 1 sudu teh baking powder (diayak)
- 150 g gula kastor
- 1 sudu makan ovalette
- 5 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 80 ml susu segar
- 80 ml minyak
- 1 sudu teh pes oren
- 1 sudu teh pes coklat
- Sedikit chocolate rice (bahan hiasan)
Bahan B (Krim Lemon)
*(Dipukul sehingga gebu)
- 250 g mentega
- 150 g gula aising (diayak)
- 1 sudu makan jus lemon
Cara Memasak
Kek
- Sediakan dua loyang 10 x 10 inci yang dialas dengan kertas pembakar (baking sheet). Panaskan ketuhar pada suhu 170°C api bawah sahaja.
- Masukkan tepung gandum, baking powder, gula kastor, ovalette, telur, dan esen vanila ke dalam mangkuk adunan.
- Pukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi kembang (dua kali ganda).
- Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar. Pukul lagi sehingga adunan kek menjadi kembang dan ringan.
- Tuangkan minyak ke dalam adunan. Gaul dengan senduk kayu sehingga sebati.
- Timbang dan bahagikan adunan kepada dua bekas. Masukkan pes oren dan pes coklat ke dalam bekas yang berasingan.
- Kacau rata dengan senduk kayu. Masukkan kedua-dua adunan ke dalam loyang secara berasingan.
- Bakar selama 25-30 minit. Apabila sudah masak, keluarkan dari ketuhar dan sejukkan.
- Semua kek dipotong panjang setebal 1 inci dan tinggi 1 inci setiap satu.
- Susunkan berselang-seli kek oren dan kek coklat di atas kertas. Begitu juga untuk lapisan kedua.
- Sapukan semua bahan B (krim lemon) setiap bahagian yang perlu dicantumkan.
- Taburkan chocolate rice sebagai hiasan. Bungkus kek dengan kemas dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 1-2 jam.
- Potong dan sedia dihidangkan.