Resipi ( 401 )

Kek Buah

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 5 minit
Bahan-bahan

​Bahan A

  • 250 g mentega
  • 150 g gula perang
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 sudu makan madu

Bahan B (Diayak)

  • 250 g tepung gandum
  • 5 sudu makan susu tepung
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis

Bahan C (Direndam selama 3 atau 4 jam)

  • 100 g buah prun (dicencang kasar)
  • 200 g buah-buahan campur
  • 1 cawan jus oren

Bahan D (Hiasan)

  • 50 g hirisan badam ataupun badam cencang

Cara Memasak

  1. Sapu mentega atapun marjerin pada loyang. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet). Ketepikan.
  2. Mentega dan gula perang dipukul sehingga kembang.
  3. Masukkan telur satu per satu dan esen vanila.
  4. Masukkan semua bahan B dan bahan C berselangseli.
  5. Masukkan madu dan kacau rata.
  6. Masukkan di dalam loyang.
  7. Taburkan bahan D (hiasan).
  8. Bakar adunan kek di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180°C api bawah sahaja selama 1 jam.
  9. Sejukkan kek. Potong dan sedia dihidangkan.