Resipi ( 401 )

Kari Daging

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 60 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 kg daging
  • 5 sudu makan rempah kari daging
  • 2 sudu makan kerisik
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 tangkai daun kari
  • 4 cawan santan
  • 5 biji kentang (Dibelah 4)
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 cawan air
  • ½ cawan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Potong daging dalam saiz kecil. Basuh dan tuskan.
  2. Perap daging dengan rempah kari, kerisik dan sedikit garam. Biarkan seketika.
  3. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dihiris dan daun kari sehingga wangi dan garing.
  4. Masukkan daging dan air. Masak sehingga daging lembut dan pecah minyak.
  5. Masukkan santan, kentang, asam gelugur, dan garam. Biarkan sehingga mendidih.
  6. Kecilkan api dan biarkan masak sehingga pecah minyak dan pekat.