Resipi ( 401 )

Kangkung Goreng Belacan

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g kangkung
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji cili merah
  • 10 biji cili api
  • 1 inci belacan
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Basuh kangkung dan potong kecil. Kemudian tuskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
  3. Masukkan kangkung dan garam. Kacau sehingga rata.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan.