Resipi ( 401 )

Kambing Masala

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • ½ kg daging kambing
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 4 biji buah keras
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 cawan santan
  • 2 biji kentang (Dipotong dadu)
  • 1 biji tomato (Dipotong dadu)
  • 1 pokok daun ketumbar(Dipotong kecil)
  • 1 cawan air
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Basuh daging kemudian potong kecil. Gaulkan daging dengan serbuk kari dan serbuk jintan manis. Perapkan selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
  3. Masukkan daging yang diperap. Masakkan sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan santan dan garam. Kacau seketika.
  5. Masukkan kentang, tomato, daun ketumbar, dan air. Masakkan sehingga semua bahan lembut. Biarkan sehingga pekat dan pecah minyak.
  6. Sedia dihidangkan.