Resipi ( 401 )

Kalio Daging

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

​Bahan-Bahan

  • 500 g daging (Dipotong kecil)
  • 9 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 1 inci halia
  • ½ inci lengkuas
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 3 batang serai (Diketuk)
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 cawan santan
  • 3 biji kentang (Dibelah 4)
  • 5 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan yang dikisar bersama rempah kari dan serai sehingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan daging, serai, dan daun limau purut. Kacau rata dan masakkan sehingga daging lembut.
  3. Masukkan santan, kentang, dan garam.
  4. Masakkan sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
  5. Sedia dihidangkan.