Resipi ( 401 )

Ikan Tiga Rasa

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

​Bahan A

  • 1 ekor ikan merah/ikan siakap
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Minyak masak secukupnya

Bahan B (Sos)

  • 3 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan air
  • 1 sudu teh gula

Bahan C (Hiasan)

  • 1 pokok daun bawang (Dipotong pendek)
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 2 biji tomato (Dibelah 4)

Cara Memasak

  1. Salutkan tepung jagung pada seluruh bahagian ikan.
  2. Gorengkan ikan di dalam minyak yang banyak sehingga masak dan kuning keemasan. Angkat dan letakkan ke atas pinggan hidangan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan dua sudu makan minyak bagi menumis bahan B.
  4. Masukkan bahan B dan biarkan mendidih. Kacau rata.
  5. Masukkan bahan C kemudian tutup api.
  6. Curahkan kuah sos ke atas ikan di atas pinggan hidangan.