Resipi ( 401 )

Ikan Pesmol

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

​Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan selar besar (Dibasuh dan dikelar)
  • 3 biji cili merah
  • 10 biji cili api
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji buah keras
  • 1 batang serai
  • ½ inci lengkuas
  • ½ inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 cawan santan
  • 5 biji cili api
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 helai daun salam (bay leaf)
  • 1 sudu makan jus limau nipis
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak masak dan gorengkan ikan sehingga garing. Letakkan ikan ke atas pinggan hidang.
  3. Panaskan 3 sudu makan minyak masak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
  4. Masukkan santan, cili api, daun limau purut, dan daun salam. Kacau rata. Masakkan sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan jus limau nipis dan garam. Kacau rata.
  6. Tuang ke atas ikan goreng dan hidangkan.