Ikan Masam Manis
- Chef Hanieliza
- 4 orang
- 30 minit
Bahan-bahan
Bahan-Bahan
- 2 ekor ikan siakap
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 5 sudu makan sos tomato
- 3 sudu makan sos cili
- ½ cawan air
- 2 biji cili merah (Dihiris)
- 1 biji tomato (Dibelah 6)
- 1 pokok daun bawang dan daun sup (Dipotong pendek)
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Minyak masak secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
Cara Memasak
- Basuh ikan kemudian tuskan. Kelar kedua-dua bahagian ikan.
- Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Gorengkan sehingga garing. Terbalikkan kedua-dua bahagian supaya masak rata. Angkat kemudian ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan dua sudu makan minyak masak bagi menumis bawang merah, bawang putih dan halia.
- Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
- Masukkan cili merah, tomato, garam (sekiranya perlu) dan gula.
- Apabila kuah pekat, tuangkan ke atas ikan yang digorengkan tadi.
- Hiaskan dengan daun sup dan bawang.