Resipi ( 401 )

Ikan Kukus Bunga Kantan

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan siakap saiz sederhana
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 5 biji cili api
  • 2 biji cili merah
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 2 biji tomato (Dibelah 4)
  • 2 biji limau kesturi (Diambil jusnya)
  • Garam secukup rasa (Sekiranya perlu)

Cara Memasak

  1. Bersihkan ikan kemudian kelar. Basuh dan tus kering.
  2. Belah dua bunga kantan kemudian hiriskan.
  3. Masukkan semua bahan ke dalam pinggan tahan panas dan masukkan ke dalam periuk kukusan.
  4. Kukuskan selama 20 minit dengan api sederhana.
  5. Keluarkan pinggan dari kukusan dan sedia dihidangkan.