Resipi ( 401 )

Ikan Kukus Asam Boi

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan kerapu (Dibasuh dan dikelar)
  • 4 biji asam boi putih
  • 1 cawan air panas
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang besar
  • 1 ulas bawang putih (Dicencang)
  • ½ batang lobak merah (Dihiris halus)
  • 1 biji tomato (Dibelah 4)
  • 2 biji cili merah (Dihiris kasar)
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu makan jus limau
  • 1 pokok daun ketumbar (Diracik)
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Masukkan asam boi, bahan yang dihiris dan bawang putih ke dalam kuali.
  2. Letakkan ikan dan semua bahan lain kecuali daun ketumbar di atas bahan tadi.
  3. Tutup kuali dan masakkan dengan api yang besar selama 10-15 minit.
  4. Masukkan ke dalam pinggan besar kemudian taburkan daun ketumbar.
  5. Sedia dihidangkan.