Resipi ( 401 )

Ikan Bakar Tomyam

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan siakap (Dibersih dan dikelar)
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 3 batang serai
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan pes tomyam
  • 1 biji tomato (Dibelah 6)
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 sudu makan jus limau nipis
  • Aluminium foil

Cara Memasak

  1. Gaulkan semua bahan yang dikisar dan pes tomyam. Kemudian letakkan di dalam aluminium foil.(Jangan masukkan garam kerana pes tomyam biasanya masin)
  2. Letakkan ikan, tomato, dan daun limau purut. Bungkus dengan kemas.
  3. Bakar di dalam kuali di atas dapur dengan api kecil selama 30 minit.
  4. Perahkan limau semasa menghidang.