Resipi

Gulai Udang Bunga Kantan

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g udang saiz besar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 3 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 2 cawan santan
  • 2 kuntum bunga kantan (Dibelah 2)
  • 2 keping asam gelugur
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan yang dikisar dan rempah kari sehingga wangi.
  2. Masukkan santan, udang, bunga kantan, asam gelugur, dan garam.
  3. Masakkan sehingga kuah mendidih dan pekat.
  4. Masukkan hirisan daun ketumbar dan padamkan api.
  5. Sedia dihidangkan.