Resipi ( 401 )

Gulai Pisang Tumis Darat

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 sisir pisang muda
  • 300 g udang saiz sederhana
  • 3 sudu makan serbuk rempah kari
  • 2 cawan santan
  • 1 labu bawang besar (Dihiris kasar)
  • 2 keping asam gelugur
  • Garam secukup rasa

Bahan B ( Tumisan)

  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan halba campur
  • 3 tangkai daun kari
  • 3 sudu makan minyak masak

Cara Memasak

  1. Buang kulit pisang muda dan potong kecil.
  2. Rebuskan pisang sehingga lembut dan tuskan.
  3. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk. Masakkan sehingga mendidih.
  4. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bahan B sehingga wangi.
  5. Tuangkan bahan tumis ke dalam periuk gulai pisang tadi.
  6. Tutupkan periuk dan biarkan sebentar. Hidangkan.