Resipi ( 401 )

Goreng Sawi Pak Choy

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 5 pokok sawi pak choy (Dibasuh dan dituskan)
  • 5 ulas bawang putih (Dicencang)
  • 100 g isi ayam (Dipotong kecil)
  • 5 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan tepung jagung(Dibancuh dengan ½ cawan air)
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • Garam sekiranya perlu

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam dan gorengkan sehingga masak.
  3. Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung. Biarkan mendidih.
  4. Panaskan air yang berisi garam dan minyak bijan di dalam periuk sehingga mendidih.
  5. Celurkan sawi pak choy ke dalam air panas selama 1-2 minit sahaja. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk berisi ais. Tuskan.
  6. Letakkan sawi pak choy ke dalam pinggan.
  7. Tuangkan kuah tadi ke atas sawi pak choy. Sedia dihidangkan.