Resipi ( 401 )

Dalca Telur

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 cawan kacang dal (Direndam beberapa jam)
  • 6 biji telur
  • 1 sudu makan serbuk rempah kari
  • 3 cawan santan
  • 3 biji kentang (Sekiranya suka)
  • 2 biji terung (Dipotong kecil)
  • 5 kacang panjang (Dipotong pendek)
  • 4 biji cili merah (Dihiris)
  • 3 cawan air
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Tumisan)

  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1½ inci halia
  • 1 tangkai daun kari (Diambil daun)
  • 3 tangkai cili kering
  • 1 sudu makan halba campuran
  • 3 sudu makan minyak masak

Cara Memasak

  1. Masukkan kacang dal, serbuk rempah kari, air, dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  2. Pecahkan telur satu per satu dan biarkan sehingga mendidih dan masak.
  3. Masukkan santan, sayur-sayuran, dan cili merah. Masakkan sehingga sayur-sayuran lembut.
  4. Sementara menunggu sayursayuran lembut, panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan tumis sehingga warna kekuningan.
  5. Curahkan semua bahan tumisan ke dalam periuk telur tadi. Kemudian tutupkan api.