Resipi ( 401 )

Daging Salai Lemak Cili Api

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • ½ kg daging
  • 20 biji cili api
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 biji bawang merah
  • 1 cawan air
  • 3 biji mangga muda (Dibelah 4)
  • 2 batang serai (Diketuk)
  • 1 cawan santan pekat
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Basuh daging dan tuskan.
  2. Gaulkan daging dengan sedikit garam kemudian bakar sehingga masak. Potong kecil.
  3. Masukkan daging, bahan yang dikisar, mangga, serai, dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan daging lembut.
  4. Masukkan santan pekat. Kacau supaya tidak pecah minyak.
  5. Apabila sudah mendidih, rasakan garam dan angkat.
  6. Sedia dihidangkan.